Khamis, 2 Ogos 2012

Pato ulangi komited di Milan


Pato terima jersi No. 9 milik Inzaghi.

Striker AC Milan, Alexandre Pato menegaskan dia gembira kekal di San Siro selepas diberikan jersi nombor 9 yang sebelumnya milik Filippo Inzaghi.
 
Pato, 22, dijangka menjadi fokus serangan Massimiliano Allegri musim akan datang berikutan persaraan Inzaghi dan pemergian Zlatan Ibrahimovic ke Paris St Germain.
 
Pemain antarabangsa Brazil, yang kini dalam peranan Olimpik di London, hanya membuat tujuh permulaan Serie A musim lalu selepas dibelenggu isu kecederaan sepanjang kempen dan dikaitkan dengan langkah PSG pada Januari.
 
Namun, Pato tidak terfikir tentang mengikut jejak bekas rakan sepasukan Rossoneri, Ibrahimovic dan Thiago Silva yang berpindah ke Parc des Princes dan telah berikrar untuk kekal di San Siro.
 
"Saya amat gembira dengan Rossoneri," kata Pato. "Saya harap nombor 9 yang ditinggalkan buat saya oleh Inzaghi dapat membawa tuah, kerana saya mahu menjaringkan banyak gol. Tiada siapa yang tahu tentang masa depan, tapi saya hanya boleh katakan saya amat gembira di Milan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan