Paris Saint-Germain telah mengatasi Manchester United dalam persaingan mendapatkan midfielder Brazil, Lucas Moura.
Kelab Perancis itu mula berminat dengan pemain berusia 19 tahun itu sejak minggu lepas dan kebimbangan United semakin jelas selepas wakil pemain itu membayangkan mereka sedia bersetuju dengan terma bersama kelab Carlo Ancelotti.
Namun rancangan ini boleh menjadi goyah dek kerana Inter Milan yang turut berminat dengan pemain muda tersebut.
Presiden Inter, Massimo Moratti mendakwa Sao Paulo telah bersetuju dengan PSG untuk tawaran £35 juta - £5 juta lebih tinggi dari apa yang boleh diterima kelab Brazil tersebut dari United.
Moratti memberitahu: "Kami tidak pernah akan sampai ke jumlah itu. Apa pun, tiada kekesalan kerana kami tidak menyempurnakan perpindahan ini kerana kosnya menjadi amat tinggi beberapa hari lepas."
Moura, yang telah pun memiliki 15 cap untuk pasukan senior Brazil, ketika ini berada di England kerana bertanding di acara bola sepak Sukan Olimpik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan