Pemain Bayern Munich, Franck Ribery berasa pasukannya lebih baik berbanding Real Madrid dan Barcelona.
Walaupun Bayern Munich menyingkirkan Real Madrid dari Liga Juara-juara musim lalu, Los Blancos dan pesaing domestik mereka, Barcelona masih dianggap sebagai pasukan terbaik dunia, satu dakwaan yang pengurus Real, Jose Mourinho menganggap tidak boleh disangkal. Ketika Ribery mengakui yang dia pernah bersetuju dengan pendapat itu sebelum ini, warga Perancis itu berasa Bayern kini pasukan yang lebih lengkap. "Ada satu ketika di mana saya mungkin tertarik ke arah Barcelona dan Real Madrid," kata Ribery. "Namun itu semua dah berakhir. Bayern di tahap sama seperti Barca dan Real Madrid, dan saya rasa yang jika anda lihat pakej lengkap, maka Bayern lebih baik." Selepas gagal merampas kejuaraan Bundesliga dari Borussia Dortmund untuk dua musim berturut-turut, Ribery telah menggesa rakan sepasukannya untuk melakukan segala yang diperlukan bagi mengukuhkan diri mereka sebagai pasukan terbaik Jerman. "Kami adalah pasukan dengan potensi terbesar di Jerman, jadi ia harus jelas kepada semua yang menang Bundesliga adalah sesuatu yang harus dicapai musim ini," ujarnya. "Dortmund semestinya ada sebuah pasukan yang bagus dan telah berkembang menjadi pesaing yang harus diambil secara serius. Namun saya percaya kami ada skuad lebih baik." |
Ahad, 5 Ogos 2012
Bayern ada pakej lengkap
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan