Rabu, 8 Ogos 2012

Dzeko Bayangkan Perpindahan Ke AC Milan move


Dzeko mungkin tinggalkan City

Edin Dzeko telah membayangkan perpindahan ke AC Milan selepas memberitahu impiannya bermain di Serie A – namun pengurus Manchester City, Roberto Mancini yakin bahawa ia "tidak mungkin sama sekali" untuk penyerang tersebut meninggalkan the Etihad.
 
Dzeko dalam keadaan tidak menentu di City dan minggu lepas merungut kurang menjadi permulaan kesebelasan utama pasukan di separuh kedua musim yang menyaksikan kemenangan liga.
 
Mancini memberitahu: "Dia berhak untuk berkata memang tidak menyeronokkan berada di bangku simpanan – tapi apabila anda menyertai kelab besar maka persaingannya adalah normal."
 
Dzeko mengandaikan beliau mungkin dapat berpindah sebelum jendela perpindahan Ogos ditutup dengan Milan – yang menjual Zlatan Ibrahaimovic dan Thiago Silva ke Paris Saint-Germain – sebagai destinasi berkemungkinan.
 
Dzeko memberitahu: "Saya sentiasa mengikuti liga Itali dan satu hari nanti saya mahu bermain di situ. Saya juga tahu Milan telah menjual dua pemain terbaik mereka."
 
"Buat masa ini saya pemain City tapi yang pasti saya akan kekal di sini, saya akan perlu menunggu hingga akhir bulan. Saya akan lihat apa yang berlaku dan jika ada kelab lain yang muncul."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan