Rabu, 8 Ogos 2012

Laudrup Mahukan Solusi Segera Untuk Allen


Allen dalam radar Liverpool

Pengurus Swansea, Michael Laudrup mahukan keputusan segera mengenai masa depan Joe Allen ketika spekulasi semakin menggunung bahawa Liverpool akan membelinya.
 
Allen, 22, semakin hangat diperkatakan untuk kembali berkerjasama dengan bekas pengurusnya  Brendan Rodgers di Anfield dan the Reds dipercayai telah pun mengemukakan tawaran £12.5 juta.
 
Laudrup mendedahkan beliau telah bertemu dengan Allen dan mengharapkan akan ada penyelesaian segera mengenai di mana pemain Wales itu akan bermain musim hadapan.
 
"Joe Allen datang di padang latihan hari ini, dia tidak berlatih tapi saya sempat berbulan dengannya tapi kami tak menyentuh mengenai subjek tersebut [mengenai masa depannya] buat masa ini," ujar  Laudrup.
 
"Saya tak rasa ia waktu yang sesuai tapi kami akan berbincang dengan pemain ini untuk melihat apa yang dia mahukan supaya kami boleh menyatakan sesuatu yang rasmi, jika tidak khabar angin akan berterusan sehingga 31 Ogos di mana ia tidak bagus untuk sesiapa pun."
 
"Hari Rabu dia akan kembali berlatih dengan dua lagi pemain yang bermain di Sukan Olimpik dan kemudian kami akan mengadakan perbincangan supaya ia tidak berlanjutan hingga ke hari terakhir perpindahan.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan