Pembelian musim panas, Eden Hazard akan diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Liga Perdana Inggeris kata pengurus Chelsea, Roberto di Matteo.
Hazard, 21, menyertai the Blues dengan perpindahan £32 juta dari Lille awal musim panas ini dan pembelian pemain perancang antarabangsa
Belgium itu telah mencetuskan jangkaan bahawa beliau akan terus memainkan peranan penting.
Namun Di Matteo, yang dilantik sebagai pengurus tetap Chelsea selepas mengemudi kelab menjuarai Piala FA dan Liga Juara-juara Mei lalu telah menyatakan tidak akan meletakkan harapan terlalu cepat dan akan menggunakan pendekatan yang lebih bersabar.
"Sudah tentu kami mengharapkan Eden untuk menjadi lebih kemas – tapi kami perlu bersabar," ujar Matteo.
"Dia pemain muda, dia datang dari liga berbeza di Perancis dan kami perlu berikan dia masa untuk menyesuaikan diri."
|
Rabu, 8 Ogos 2012
Di Matteo Mahu Lebih Sabar Dengan Hazard
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan