Khamis, 9 Ogos 2012

Maicon tolak PSG dengan harapan pindah ke tempat lain


Maicon tolak kemungkinan sertai PSG.

Bek kanan Inter, Maicon telah menolak perpindahan ke Paris Saint-Germain, ketika dia mensasar untuk bersatu semula dengan bekas jurulatih, Jose Mourinho di Real Madrid.
 
Pemain berusia 31 tahun itu telah diketepikan di Nerazzurri, dan disebabkan itu telah menjadi subjek spekulasi sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kelab-kelab seperti PSG, Chelsea dan Madrid dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
 
Agen pemain Brazil itu mengesahkan yang kliennya berasa 'telah tiba masa untuk berpindah', dan pemain itu tidak dimasukkan dalam skuad Liga Europa kelab dari San Siro untuk aksi kelayakan mereka dengan Hadjuk Split.
 
Laporan mencadangkan PSG bimbingan Carlo Ancelotti telah meletakkan tawaran sekitar €8-10 juta (£6.3-8 juta) untuk pemain kebangsaan Brazil itu, namun Maicon tidak berminat untuk berpindah ke Ligue 1, dan sebaliknya lebih menggemari perpindahan ke juara La Liga, Madrid, atau pemenang Liga Juara-juara, Chelsea.
 
Kontraknya tamat pada penghujung musim depan dan tidak terdapat petanda dari kelab San Siro itu dalam menawarkan pemain tersebut kontrak lanjutan.
 
Maicon, yang mewakili Monaco selama dua musim sebelum berpindah ke gergasi Itali itu pada 2006, mungkin melanjutkan kariernya di Lombardy, namun opsyen tersebut, menurut laporan, mungkin tidak akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan