Syarika tenaga gergasi Russia, Gazprom secara rasminya menafikan perbincangan bahawa kelab bersedia dengan pelaburan €180 juta terhadap AC Milan.
Laporan ini muncul sejak beberapa hari lepas berikutan pengumuman kelab seterunya, Inter Milan yang telah menerima pelaburan dari syarikat keretapi negeri China dan ia diulangi oleh akhbar Sepanyol, AS pada pagi Selasa lalu.
Khabar angin ini semakin dihangatkan dengan trip ke Russia oleh pemilik Milan, Silvio Berlusconi untuk berbincang dengan presiden Vlademir Putin, yang mempunyai pengaruh ke atas syarikat kepentingan negara.
Namun jurucakap Gazprom, Serghei Kuprianov, segera menafikan dakwaan tersebut dengan memberitahu: "Cerita bahawa Gazprom akan menjadi penaja atau pemilik bersama AC Milan langsung tidak sejajar dengan realiti."
Perbincangan tersebut dianggap tidak mustahil oleh media Itali memandangkan hubungkait GazProm dengan bola sepak sedia ada. Syarikat gas asli ini telah pun memiliki saham di dalam Zenit St Petersburg, Schalke dan Red Star Belgrade sebagai sebahagian dari portfolio bola sepaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan