Jumaat, 10 Ogos 2012

Chelsea Nafi Membida Hulk


Tiada tawaran untuk Hulk dari Chelsea

Chelsea menafikan telah membida Hulk dek kerana harga inflasi yang diminta Porto.
 
Kelab kaya Russia, Zenit St Petersburg dilaporkan telah menawarkan £40 juta untuk penyerang Brazil tersebut di mana ia tidak memenuhi penilaian kelab Portugal tersebut untuk aset utama mereka.. "Saya tidak mendengar tentang bidaan dari Zenit, tapi dengan £40 juta, saya tak nampak Porto mahu menjualnya," kata satu sumber.
 
"Saya tahu Chelsea telah dikaitkan dengan Hulk untuk sepanjang musim panas ini, malahan sepanjang tahun. Tapi Chelsea tidak pernah berunding. Chelsea tahu harganya dan tidak bersedia langsung untuk berunding dengan harga sebegini."
 
Porto hanya akan menjual dengan harga dilaporkan sebanyak £60 juta, harga yang membuatkan kelab berminat menjauhi pemain ini. Manakala klausa penjualan telah ditetapkan pada harga £85 juta, sekaligus menunjukkan keterbatasan fleksibiliti kelab Portugal tersebut.
 
Jika Porto mahu menjual Hulk, mereka akan perlu mengurangkan seberapa banyak penilaiannya terhadap pemain Brazil ini bagi membawa Chelsea ke meja rundingan namun mereka sebenarnya memang enggan melepaskan penyerang ini dari kelab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan