Jumaat, 10 Ogos 2012

Fletcher Minta Tinggalkan Wolves


Fletcher mahu tinggalkan Wolves

Penyerang Wolverhampton Wanderers, Steven Fletcher mengesahkan beliau telah mengemukakan permohonan perpindahan.
 
Sunderland dikatakan telah membida untuk membawa penyerang antarabangsa Scotland berusia 25 tahun itu ke Stadium of Light namun ia telah dinafikan oleh Wolves.
 
Ketua eksekutif Jez Moxey menyatakan: "Khabar angin bahawa kami telah menerima tawaran dari  Sunderland tidak tepat. Mereka mahukan pemain ini tapi kami tak menerima apa-apa."
 
Fletcher kemudian mengumumkan beliau telah meminta kebenaran untuk meninggalkan Molineux.
 
Beliau mentweet: "Baru saja kemukakan perpindahan hanya untuk beritahu peminat di mana kedudukan saya sekarang.... #headsgone"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan