Khamis, 9 Ogos 2012

Juventus dalam perbincangan dengan Inter tentang perjanjian pertukaran


Pazzini mungkin sertai juara Serie A, Juventus.

Giampaolo Pazzini mungkin dalam perjalanan ke Juventus musim panas ini, dengan kelab itu bersedia untuk menghantar Fabio Quagliarella ke arah berlainan ke Inter.
 
The Old Lady sedang terdesak untuk menandatangani seorang striker dengan tahap antarabangsa musim panas ini, dan mereka percaya pemain berusia 28 tahun itu menepati kriteria tersebut, setelah gagal membawa masuk pemain seperti Edinson Cavani dan Robin van Persie.
 
Pengarah urusan, Guiseppe Marotta sebelum ini bekerja dengan penyerang itu di Sampdoria, dan dia menyambut idea untuk mereka bersatu semula di Juve.
 
Namun, juara bertahan Scudetto itu tidak mempunyai niat untuk berbelanja besar ke atas Pazzini dan disebabkan itu mereka melihat kepada cara alternatif untuk menarik pemain yang diminati mereka ke Turin.
 
Mereka sedar yang Inter hampir pasti tidak akan menerima perjanjian pinjaman semusim dengan opsyen untuk membeli, dan membuka kemungkinan terhadap perjanjian pertukaran pemain.
 
Sebaliknya, mereka bersedia untuk memasukkan Quagliarella, 29, dalam perjanjian itu, dengan penyerang tersebut tidak dianggap sebagai pemain penting pasukan utama di Turin.
 
Perbincangan di antara dua kelab masih di tahap awal, namun Juve dan Inter akan meneruskan perbincangan dalam beberapa hari akan datang untuk melihat samada persetujuan dapat dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan