Andrea Stramaccioni menyuarakan kebimbangan beliau mengenai kekurangan aktiviti Inter di pasaran perpindahan dan berharap ada penambahan pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.
The Nerazzurri telah ditewaskan dalam persaingan mendapatkan Ezequiel Lavezzi dan Lucas Moura oleh Paris Saint-Germain musim panas ini dan menurut pengurus berusia 36 tahun ini, skuadnya perlukan penambahbaikan menjelang musim baru Serie A nanti.
"Saya akan bimbang jika menjelang 31 Ogos, pemain dengan karakter yang saya inginkan tidak kunjung tiba, tapi saya tak bimbang buat masa ini," Stramaccioni memberitahu.
"Saya ada hubungan dengan beliau [presiden Massimo Moratti] yang sangat baik. Untuk semua keputusan, saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan akhir. Setakat ini tiada pemain yang tiba tanpa persetujuan saya."
"Saya fikir penting untuk kami fokus kepada pemain yang berguna dan berfungsi. Karakter pasukan melebihi dari hanya satu nama."
"Saya akan nampak masalahnya jika pemain yang tiba tidak berfungsi dengan cara kami bermain. Apa yang penting ialah pemain yang tiba adalah berfungsi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan