Jumaat, 10 Ogos 2012

'Saya mahu bersara di Real Madrid'


Albiol mahu tamatkan karier di Bernabeu.

Raul Albiol mendedahkan dia dapat melihat dirinya kekal di Real Madrid untuk baki tempoh karier bola sepaknya.
 
Pemain antarabangsa Sepanyol itu menandatangani lanjutan kontrak sehingga musim panas 2017, dan dia sangat gembira dengan kehidupan di kelab juara Liga.
 
"Saya sangat gembira dan berharap untuk berada di sini sehingga bersara," kata Albiol di laman web rasmi kelab.
 
"Tapi anda tak akan tahu dalam dunia bola sepak, apa pun boleh berlaku setiap musim. Namun, saya benar-benar teruja dan mahu kekal di kelab."
 
"Saya amat gembira dengan perjanjian baru saya kerana ini bermakna kelab dan staf kejurulatihan yakin dengan saya di sini.
 
"Saya bagaikan di rumah di Real Madrid dan saya amat gembira. Kini saya perlu tunjukkan bahawa mereka tak salah dan saya boleh jadi pemain yang baik untuk pasukan."
 
Albiol, 26, menyertai Madrid dari Valencia pada musim panas 2009, sejak itu membuat 63 penampilan liga untuk kelab juara Sepanyol tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan