Piala Malaysia 2012
PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menyifatkan format baru yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin akan memberi impak besar kepada mana-mana pasukan yang mempunyai masalah dana kewangan.
Pengurus pasukan Kuala Lumpur , Rusli Baba ketika dihubungi berkata, perubahan yang dilakukan FAM mungkin satu petanda baik untuk semua pasukan, tetapi jika dilihat dari sudut pasukan yang mempunyai masalah kewangan, ia akan mendatangkan kesan kepada mereka.
Bagaimanapun katanya, KLFA tetap menyambut baik hasrat yang dilakukan FAM yang ingin memberi peluang kepada semua pasukan untuk bersaing dalam Piala Malaysia.
"Format baru yang dilakukan FAM tidak mendatangkan masalah untuk kami," kata beliau.
"Bagi saya, langkah ini bagus untuk memeriahkan saingan Piala Malaysia, dan kita sokong namun bagi pasukan yang mempunyai masalah kewangan ia serba sedikit akan memberi kesan.
"Sekiranya kesemua pasukan akan bertanding, ia akan melibatkan banyak perlawanan yang akan berlangsung.
"Dengan ini, secara automatik ia akan melibatkan dana yang banyak. Oleh itu, faktor kewangan juga harus dititiberatkan," kata Rusli kepada Sinar Harian Online.
Pada masa yang sama, Rusli tetap menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh FAM ada kebaikan dan keburukannya.
"Kami tetap menghormati keputusan FAM. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri," jelasnya lagi.
Semalam, FAM mengumumkan bahawa format 16 pasukan yang bersaing dalam kempen Piala Malaysia musim ini akan menjadi yang terakhir apabila badan induk bola sepak negara itu akan membenarkan kesemua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bertarung.
Mulai tahun hadapan, pertandingan Piala Malaysia disertai 24 pasukan hasil gabungan dua liga utama negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan