Jumaat, 10 Ogos 2012

Format Piala Malaysia: Usah cepat melatah



Datuk Hamidin Mohd Amin
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin membidas kenyataan bekas pemain kebangsaan yang mempertikaikan kewajaran langkah badan induk itu mengubah format pertandingan piala berprestij, Piala Malaysia mulai musim depan.

Katanya, bekas pemain kebangsaan tidak perlu melatah dengan perubahan dilakukan FAM, sebaliknya mereka harus mengetahui perkembangan dunia bola sepak sekarang sudah jauh berubah.

“Bagi saya, bekas pemain tidak perlu melatah dengan perubahan ini. Mereka harus mengikut peredaran zaman. Mereka tidak perlu membandingkan bola sepak dahulu dengan sekarang.

“Kritikan diberikan kami terima dengan terbuka, sekiranya ada penambahbaikan, kami akan lakukan. Demi bola sepak, kami akan cuba,” katanya mengulas kritikan pelbagai pihak berhubung keputusan FAM mengubah format Piala Malaysia tahun depan.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM menegaskan keputusan mengubah format baru Piala Malaysia sudah dibincangkan dengan semua pasukan sejak tahun lepas dan dipersetujui.

“Jadi, bagi saya tiada masalah sekiranya dilakukan demi bola sepak,” katanya. Format 16 pasukan yang bersaing dalam kempen Piala Malaysia musim ini menjadi yang terakhir apabila FAM membenarkan ke semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bertanding,

Mulai tahun hadapan, pertandingan Piala Malaysia disertai 24 pasukan hasil gabungan dua liga utama negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan