Urby Emanuelson memberitahu beliau akan merasa gembira untuk melihat ketibaan Giuseppe Rossi dan Kaka di AC Milan sebelum permulaan musim baru Serie A.
Penyerang Villarreal dan pemain perancang Real Madrid itu telah dilihat berbual dengan skuad the Rossoneri dan pemain Belanda ini teruja dengan idea kedua-dua pemain tersebut menyertai kelab sebelum berakhir jendela perpindahan musim panas.
"Ya, mereka berdua adalah pemain yang hebat," ujar Emanuelson.
"Saya fikir mereka akan menjadikan pasukan lebih kuat. Kita akan lihat apa yang akan berlaku.
"Masih ada tiga minggu lagi untuk kami membina semula," tambahnya. "Kami akan lihat apa yang berlaku. Saya fikir kelab memang berhasrat mahu membawa masuk beberapa pemain jadi kami akan menunggu."
Kelab baru-baru ini mengakui berharap dapat memiliki semula bekas trequartista pasukan, Kaka dari Real Madrid manakala penyerang Villarreal, Rossi, yang boleh dibeli dengan harga serendah €8 juta (£6.3 juta), turut telah dikaitkan dengan kelab sejak minggu lepas.
|
Sabtu, 11 Ogos 2012
Rossi&Kaka akan jadikan AC Milan lebih kuat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan