Juventus berminat memastikan perpindahan €20 juta (£15.7 juta) untuk striker Athletic Bilbao, Fernando Llorente.
Llorente, 27, merupakan sebahagian daripada sisi juara Euro 2012 Sepanyol sepanjang musim panas, walaupun langsung tidak bermain buat skuad Vicente del Bosque ketika itu, dipercayai dia berminat meninggalkan Los Leones dan mencabar untuk kejuaraan kelab utama.
The Bianconeri telah menghabiskan musim panas cuba untuk memikat tonggak Arsenal, Robin Van Persie ke Turin, namun dengan laporan lanjut menyebut bahawa pemain warga Belanda itu telah memberitahu The Old Lady yang dia lebih memilih langkah ke Manchester United, mereka kini beralih perhatian kepada sasaran yang lebih mudah dimiliki.
Namun, Arsenal kini mungkin menyertai pemburuan pemain sasaran Basque, sekiranya penjualan Van Persie menjadi kenyataan.
Di lokasi lain, dilaporkan Llorente bergaduh dengan jurulatih Athletic, Marcelo Bielsa pada awal musim panas ini, dan tidak akan menandatangani perjanjian baru selagi bos warga Argentina itu bertanggungjawab di San Mames.
Bielsa dilaporkan yakin bahawa Llorente menyalahkan jurulatih itu bagikegagalannya disenaraikan untuk La Roja musim panas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan