Sabtu, 11 Ogos 2012

Ronaldo Percaya Kaka Akan Kekal


Kaka... Spekulasi perpindahan terus kedengaran.

Cristiano Ronaldo percaya Kaka tidak akan meninggalkan Real Madrid di jendela perpindahan musim panas ini.
 
Midfielder Brazil tersebut terus dikatakan bakal kembali ke AC Milan namun masalah kewangan yang dihadapi the Rossoneri telah menangguhkan perjanjian tersebut dan rakan sepasukannya tidak percaya ia boleh dilaksanakan sebelum jendela perpindahan ditutup.
 
"Sama ada Kaka akan meninggalkan kelab atau tidak, ia keputusan yang akan ditentukannya sendiri tapi saya fikir dia akan kekal di sini," ujar Ronaldo.
 
"Pada saya, dia adalah antara pemain terbaik dunia dan semua pemain terbaik perlu berada di Real Madrid."
 
Pemain antarabangsa Portugal ini kemudian mengulas mengenai perlawanan pembukaan La Liga menentang Valencia dan menegaskan mereka mahu memulakan musim baru dengan prestasi terbaik.
 
"Kami mahu terus membuat peningkatan kerana ia akan menjadi musim yang panjang. Apa yang kami mahukan ialah memulakan musim dengan cara terbaik. Kami semua berkerjasama dengan baik dan kami mahu memulakan liga dengan prestasi terbaik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan