Marcelo Bielsa mengancam untuk meletak jawatan sebagai pengurus Athletic Bilbao jika kelab memutuskan untuk menjual pemain bintang mereka, Javi Martinez musim panas ini.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lebih besar dengan Barcelona dan Bayern Munich memantau rapi situasi pemain midfield tersebut.
Ejen Martinez sebelum ini mendedahkan kliennya terbuka dengan perpindahan ke kelab gergasi Bundesliga tersebut namun menurut pengurus pasukannya, pemain berusia 23 tahun itu tidak akan ke mana-mana.
Bielsa malahan dilaporkan berpesan kepada presiden Bilbao bahawa beliau akan meletak jawatan jika mereka memutuskan untuk menjual Martinez musim panas ini dan perpindahan ini mungkin tidak akan berlaku berdasarkan perkembangan terbaru.
Pengurus berusia 57 tahun itu menyertai Bilbao pada musim panas 2011 dan mengemudi mereka ke final Copa del Rey dan Liga Eropah di musim pertamanya.
Beliau dipercayai bakal meninggalkan kelab Basque tersebut awal musim panas ini berikutan perbalahan dengan pengurusan kelab namun akhirnya memilih untuk terus berkhidmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan