Pemain sayap England, Adam Johnson, 25 tidak kerap bermain untuk kelabnya Manchester City musim lepas dan ia mengakibatkan beliau kehilangan tempatnya dalam skuad Kejohanan Eropah 2012 kendalian Roy Hodgson.
Bagaimanapun Mancini menegaskan pemain yang menjaringkan gol ketiga semasa The Citizens menewaskan Malaysia 3-1 di Stadium Bukit Jalil, masih menjadi bahagian penting dalam pasukan.
"Adam masih dalam perancangan saya, tapi dia tidak bermain di Kejohanan Eropah bukan silap saya kerana saya rasa sebagai pengurus pasukan kebangsaan ia memang sukar untuk menyenaraikan 23 pemain," jelas Mancini.
"Saya fikir Adam adalah pemain yang sangat bagus dan mungkin berhak untuk berada dalam pasukan kebangsaan keranan Capello sentiasa menurunkannya. Memang sukar untuk seorang pengurus memilih 23 orang pemain. Saya juga akan berada dalam situasi yang sama."
Bekas pengurus Inter Milan itu turut percaya kejayaan jelajah pra-musimnya kali ini akan dapat membantu kelab dalam kempen musim baru yang bakal bermula dua minggu lagi.
"Musim baru anda berkerja-keras semasa latihan. Dan minggu ini kami mengubah waktu kami jadi ia memang sukar tapi gembira kerana kami ada jelajah yang bagus. Kami bermain di perlawanan penting, menentang Arsenal dan menentang sebuah pasukan kebangsaan," ujar Mancini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan