Apex (jersi Malaysia) bergambar kenangan bersama anak-anak yatim Darul Taqwa Sungai Besi di Subang Jaya, semalam.
KHAIRUL Fahmi Che Mat (Apex), tidak kisah siapakah menjadi pilihan Datuk K Rajagobal menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gawang nombor satu negara.
Anak jati Kelantan itu juga melihat persaingan hebat daripada Farizal Marlias ketika ini sebagai petanda bagus dalam pasukan Harimau Malaya.
"Semua ini terpulang kepada strategi jurulatih mengikut kesesuaian permainan. Saya tidak rasa tergugat, malah ia memberi tambahan semangat mempamerkan aksi lebih baik selepas ini," katanya yang juga duta jenama Mister Potato selepas program Belia Pakaian Raya bersama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi di Subang Jaya, semalam.
Sementara itu, Pengurus Penajaan & Aktivasi Mamee Double Decker (M) Berhad, Sharszany Shahry Abu Shahriman berkata, program seumpama itu akan tetap diteruskan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan