Khamis, 2 Ogos 2012

Tueart:Tevez perlu bagi laluan kepada RVP


Tevez masih berbisa untuk City setakat ini.

Lagenda dan bekas pengarah Manchester City, Dennis Tueart yakin City perlu menjual Carlos Tevez dalam usaha membuka jalan kepada Robin van Persie.
 
Namun, Tueart berkata dia merasakan bos City, Roberto Mancini lebih perlu membeli bek, Daniel Agger dan midfielder, Daniele De Rossi berbanding menambah seorang lagi striker.
 
Dia berkata, "Daripada pemerhatian saya tentang City, mereka perlu membeli dua pemain yang boleh lengkapkan etika pasukan dan akan beri keseimbangan dan bentuk, bukannya secara individu, dan itu sentiasa cabaran terbesar."
 
"Saya rasa masalah besar City musim lalu adalah mereka tak mempunyai dua striker yang boleh bergandingan. Sebaliknya, mereka semua striker solo."
 
"Aguero pembelian hebat, antara pemain terbaik dalam Liga Perdana, jika anda bawa masuk Van Persie, bagi saya Tevez perlu pergi dan oleh kerana keperibadiannya, anda mungkin berakhir dengan masalah bersamanya."
 
"Tapi saya tak yakin Van Persie akan selesaikan isu gandingan, dan di usia 29 tahun untuk permainan bagi setiap nisbah musim, yang mana buruk, selain musim lalu, saya tak pasti dia mewakili nilai untuk wang. Saya rasa Arsene Wenger tak akan bersedih jika dia kekalkan Van Persie, dan sistem Arsenal sesuai dengannya."
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan