Sabtu, 4 Ogos 2012

Spurs Mahu Bida Rondon 10 Juta Pound


Rondon jadi sasaran Spurs

Tottenham sedia untuk berbelanja dalam jualan besar-besaran Malaga dengan membuat bidaan £10 juta untuk penyerang Salomon Rondon.

Arsenal kekal yakin menyelesaikan pembelian £17 juta untuk midfielder Santi Cazorla — yang turut mewakili kelab Sepanyol itu yang dilanda masalah kewangan.

Kini Venezuelan Rondon, 22, mungkin menjadi pemain seterusnya yang pergi.

Malaga dalam kekalutan ketika ini dan Rondon mengakui: “Jika situasi ini tidak diperbetulkan ia adalah normal untuk pemain pergi.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan