Real Madrid telah memberikan Tottenham tawaran akhir €30 juta 'terima atau pergi' untuk Luka Modric, di mana ia telah ditolak.
Pengerusi Spurs, Daniel Levy telah menetapkan harga untuk midfielder Croatia ini sekitar £40 juta namun £35 juta (termasuk klausa berdasarkan pencapaian) sudah memadai untuk merealisasikan perjanjian perpindahan.
Namun Real enggan memenuhi harga tersebut dan telah memberitahu Levy bahawa tawaran terbaru mereka adalah yang terakhir – membuatkan Spurs kini "terkandas bersama" Modric yang tidak gembira kerana tiada kelab lain yang sanggup bersetuju dengan penilaian harga kelab utara London tersebut.
Sumber menyebut: "Setahun yang lalu Daniel Levy boleh menjual Modric ke Chelsea dengan harga £40 juta namun menolaknya percaya ketika itu pemain tersebut bernilai £50 juta."
"Ya, andaiannya ialah dia mungkin tidak akan ada musim yang cemerlang seperti yang dia lalui musim sebelumnya dan harganya tidak meningkat. Walaupun ada sebuah lagi kelab berbelanja besar muncul membida, mereka hanya membuang masa kerana pemain ini telah menyatakan dengan jelas dia hanya mahu ke Real Madrid."
"Melainkan ada yang mengalah dan ia nampak tidak akan berlaku ketika ini, maka Spurs bakal terkandas bersama Modric."
|
Jumaat, 10 Ogos 2012
Real bri tawaran akhir euro 30 juta untuk Modric
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan