Jumaat, 10 Ogos 2012

Pemilik Toon sasar pelaburan di Rangers


Ashley mungkin melabur di Rangers.

Pemilik Newcastle United, Mike Ashley dilaporkan berminat dalam pembelian 10% kepentingan dalam Rangers FC.
 
Laporan di Scotland menyebut perjanjian antara Ashley dan ketua eksekutif Rangers, Charles Green kini di peringkat akhir dan boleh disimpulkan pada hujung minggu ini.
 
Supremo Sports Direct, Ashley yang membeli Newcastle pada harga £134 juta pada 2007, dipercayai turut cuba memastikan perjanjian yang membolehkan dia menjual replika jersi Rangers di kedai-kedainya.
 
Pada tahun 2006, bekas pemilik iaitu Sir David Murray, menandatangani perjanjian runcit 10 tahun dengan JJB Sports - bernilai kira-kira £48 juta, namun berikutan kejatuhan Rangers, difahamkan syarikat baru, yang membeli aset kelab bernilai £5.5 juta, tidak terikat kepada perjanjian yang dibuat antara Murray dan JJB.
 
Ini bermakna Rangers FC mampu membuat rundingan tawaran komersil dan dipercayai Ashley bersedia untuk menyambar hak jersi replika, walaupun apabila ditanya mengenai perkara itu, jurucakap JJB berkata, "Kami akan terus bekerjasama dengan pemilik Rangers."
 
Wakil Rangers dan Ashley setakat ini enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan