Daniele Bonera berharap yang AC Milan boleh menandatangani semula Kaka dari Real Madrid, dan berpendapat pemain tengah menyerang itu masih mempunyai banyak sumbangan yang boleh ditawarkan di atas dan di luar padang.
CEO Rossoneri, Adriano Galliani mendedahkan Rabu lalu yang dia akan tidak lama lagi bertemu dengan presiden Blancos, Florentino Perez untuk membincangkan kepulangan pemain kebangsaan Brazil tersebut ke San Siro, ketika pada masa sama mengakui yang yuran perpindahan besar dan gaji pemain itu menjadi halangan besar.
Dan ada keraguan tentang kecergasan Kaka, melihat kepada tiga musimnya di Santiago Bernabeu telah dibelenggu kecederaan, namun Bonera tiada keraguan yang pemenang Ballon d'Or 2007 itu akan menjadi penambahan bagus buat skuad Massimiliano Allegri.
"Dari segi bola sepak, dia masih ada banyak untuk disumbangkan, dan dia juga seorang individu hebat," katanya.
"Ia akan jadi positif untuk ada dia bersama kami atas beberapa sebab, bukan saja cara dia berlatih. Ricky seorang profesional yang menakjubkan dan dia akan jadi contoh baik buat para pemain muda."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan