Alvaro Arbeloa menegaskan Real Madrid mahu memenangi kesemua kejohanan yang mereka sertai dalam kempen 2012/13.
The Blancos berjaya memintas Barcelona di La Liga, namun terlepas Liga Juara-juara, Copa del Rey dan Supercopa. Pemain bek, yang turut membantu Sepanyol ke kejayaan di Euro 2012 pada awal musim panas, berminat untuk terus menambah koleksi pingat. "Objektif kami sama seperti setiap tahun. Di Real Madrid, kami berjuang untuk semua gelaran," demikian kenyataan Arbeloa yang dipetik di laman web rasmi kelab. "Kami tahu itu sukar, tapi tahun lepas kami benar-benar hampir di dalam semua kejohanan. Jelas, Liga Juara-juara istimewa untuk peminat, namun kami juga mahu kembali julang liga, yang merupakan paling sukar kerana memerlukan konsisten, dan juga Copa del Rey." "Diharapkan kami boleh menang ketiga-tiga gelaran ditambah Supercopa. Kami akan cuba yang terbaik." Madrid memulakan musim baru Liga dengan perlawanan menentang Valencia pada 18 Ogos. |
Sabtu, 4 Ogos 2012
Arbeloa:Real Madrid mahu menang segala-galanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan