Bekas penyerang Manchester United, Michael Owen menegaskan beliau semakin hampir menyertai kelab baru dan hanya perlu memutuskan di antara banyak tawaran yang diterima.
Pernah dilihat sebagai masa depan bola sepak Inggeris, Owen dilepaskan oleh United akhir musim lepas selepas tiga tahun di Old Trafford yang lebih kerap dibadai kecederaan selain pernah mewakili Real Madrid dan Newcastle selepas meninggalkan kelab kelahirannya, Liverpool.
Kini pemain berusia 32 tahun itu telah dikaitkan dengan Stoke, Fulham dan Everton dan mensasarkan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris sejurus membuat keputusan mengenai masa depannya.
"Seperti yang banyak berlaku dalam situasi sebegini, jendela perpindahan dan perkara yang serupa dengannya, banyak yang berlaku di penghujung jendela perpindahan apabila pengurus memperbaharui skuad mereka," ujar Owen.
"Jadi, ya, saya telah berhubung dengan beberapa pasukan dan sudah tentu saya menjangkakan akan memakai jersi baru tidak lama lagi.''
Beliau menambah: "Saya bercakap dengan beberapa pasukan dan ia kes mengenai pasukan terbaik yang akan sesuai dengan saya dan keluarga saya. Saya berkata sebelum ini yang saya mahu berada di Liga Perdana Inggeris dan ia tidak pernah berubah."
"Perkara lain dalam membuat keputusan yang tepat: lokasi – ia akan cukup bagus jika saya dapat terus menetap di rumah sendiri, jika tak dapat tak mengapa. Kualiti pasukan, pengurus – semuanya perlu diambilkira sekiranya saya mahu membuat keputusan yang tepat.''
|
Selasa, 28 Ogos 2012
Owen:Saya hanya perlu pilih yang tepat
Juventus namakan penyerang sasaran
Juventus masih lagi mencari seorang penyerang sebelum berakhirnya jendela perpindahan dan mengesahkan sedang memantau Edinson Cavani, Fernando Llorente dan Edin Dzeko.
Juara bertahan Serie A itu dilaporkan turut berunding dengan Barcelona dan David Villa menurut akhbar Sepanyol yang mendakwa the Bianconeri telah menawarkannya kontrak empat tahun bernilai €8 juta setiap musim.
Bagaimanapun, pengarah urusan kelab Beppe Marotta memberitahu Mundo Deportivo ia tidak benar sama sekali dan seterusnya memberitahu jenis pemain yang sedang beliau cari.
"Saya boleh nafikan sebarang minat atau rundingan untuk David Villa," katanya. "Dia pemain hebat tapi bukan jenis yang kami cari dan tiada siapa yang telah berbincang tanpa izin kami dengan ejennya atau Barcelona."
"Kami mahu penyerang dengan gaya seperti Edinson Cavani atau Llorente, yang merupakan sasaran utama kami bersama dengan Edin Dzeko."
Arteta kecewa peluang yang dipersia
Midfielder Arsenal, Mikel Arteta kecewa dengan kegagalan pasukannya menyempurnakan peluang selepas seri tanpa jaringan menentang Stoke – keputusan seri kali kedua berturut-turut di Liga Perdana Inggeris.
The Gunners mendominasi permainan tapi sama seperti pertemuan dengan Sunderland, gagal memanfaatkannya.
"Ia (dua mata dari dua perlawanan pertama) tak cukup bagus. Kami mahu tiga mata, tapi sukar untuk datang ke sini dan mendapatkan mata,'' ujar Arteta. "Kami ada beberapa peluang yang sangat bagus tapi ketika ini kami tidak memanfaatkannya, perkara sama berlaku minggu lepas."
"Kami mencipta dan melepaskan beberapa peluang kepada lawan tapi kami rugi dua mata hari ini.''
Bagaimanapun di bahagian pertahanan Arsenal nampak mantap dan tenang menghadapi asakan fizikal dari pasukan tuan rumah. Arteta memujinya dan turut bercakap mengenai kemampuan pemain baru pasukan, Olivier Giroud dan Lukas Podolski.
"Anda tahu jika anda melakukan kekasaran dan hantaran ke dalam, mereka boleh mencetuskan masalah kerana mereka dapat menghantar bola ke
kotak penalti dan sangat tersusun dengan gerakan set pieces,'' ujarnya.
"Kami tak melepaskan banyak peluang itu dan kami cukup tersusun. Kami perlukan tiga, empat, lima perlawanan bermain bersama-sama dan kemudian kami akan lihat (bagusnya mereka). Mereka ada kualiti.''
|
Allen:Seri yang manis kelat
Joe Allen mengulas mengenai permainan "hebat" selepas pasukannya Liverpool seri 2-2 dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
Midfilder Wales tersebut melakukan debut Anfieldnya dan cemerlang apabila pasukan bimbingan Brendan Rodgers dua kali mendahului City.
Malangnya mereka dua kali mempersia-siakan kelebihan itu dengan Yaya Toure dan Carlos Tevez membalas gol dari Martin Skrtel dan Luis Suarez.
"Ia cukup mengujakan. Permainan yang hebat untuk peminat berkecuali dan bagus rasanya untuk dua kali mendahului jadi kami kecewa untuk tidak memenangi perlawanan," katanya. "Manis-manis kelat mungkin gambaran perasaan yang cukup tepat."
Keputusan seri ini muncul lapan hari selepas kekalahan perlawanan pembukaan the Reds di West Brom. Jangkaan memag cukup tinggi ketika itu dengan Rodgers berada di kawasan teknikal pasukan buat kali pertama namun Liverpool ditewaskan 3-0.
"Kami tahu kami akan bangkit kembali," tambah Allen. "Kami melupakannya dan kami akan cuba bermula dari sini."
Wujud pertembungan dari segi stail permainan yang ditunjukkan apabila City yang bermain dengan tiga pemain pertahanan berdepan kesukaran menentang Liverpool berwajah baru yang cukup licik.
"Bermain dengan tiga pemain pertahanan bukan sesuatu yang banyak dilakukan oleh pasukan," ujar Allen. "Kami perlu berubah untuk menanganinya dan untuk 15 minit pertama kami bergelut untuk menguasai mereka."
"Kami bermain tiga pemain di bahagian tengah dan kami tidak mencipta banyak peluang. Secara peribadi saya rasa hebat untuk membuat debut saya dan ia juga perlawanan dan suasana yang hebat."
|
Milan redakan minat ke atas Kaka
Naib presiden AC Milan, Adriano Galliani memberi amaran kepada Real Madrid yang mereka tidak sanggup mendapatkan Kaka dengan kontrak tetap.
Milan telah beberapa kali berbincang mengenai kepulangan Kaka, 30, dengan Madrid dipercayai mahu melepaskan pemain itu dari bil gaji mereka.
Jose Mourinho awal bulan ini menyatakan akan berasa gembira dapat mengekalkan Kaka, pemain rekod dunia perpindahannya dari Milan pada tahun 2009 dan bahawa pemain Brazil itu hanya akan meninggalkan Bernabeu jika Milan memenuhi harga permintaan mereka. Dengan Milan
enggan meluluskan perpindahan kekal, ada kemungkinan bahawa perpindahan ini tidak akan menjadi kenyataan.
"Perjanjian ini bergantung dengan Real Madrid," kata Galliani. "Mereka hanya mahu melepaskan Kaka secara kekal sedangkan kami mahukan dia secara pinjaman."
"Jika mereka mengubah fikiran mereka, saya sedia terbang ke Madrid, kalau tidak, tiada apa-apa yang akan berlaku. Kami ada lima pemain tengah dan lima pemain sayap dan saya boleh katakan kami telah bersedia sepenuhnya."
|
Machini takkan beralah dengan polisi perpindahan
Roberto Mancini hanya tertawa dengan laporan bahawa beliau sedia meninggalkan Manchester City kerana kekecewaannya terhadap polisi perpindahan pemain kelab.
City hanya membuat satu pembelian musim panas setakat ini, Jack Rodwell dan gagal membawa nama-nama besar ke Stadium Stadium dan ada andaian bahawa pengurus Itali itu akan meninggalkan kontrak lima tahunnya yang lumayan dengan juara liga tersebut.
Tapi beliau memberitahu: "Tidak. Ia tidak benar. Jika akhbar banyak terjual, saya tumpang gembira untuk akhbar itu. Saya tidak pernah berkata demikian dan tidak pernah berfikir mengenainya."
Mancini mahu memperkuatkan skuad City sebelum jendela perpindahan ditutup dengan perpindahan Scott Sinclair dari Swansea difahamkan akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
"Kami ada sasaran kami dan saya harap kami dapat selesaikannya beberapa hari lagi," ujarnya sambil menegaskan beliau sama sekali tidak pernah meletakkan minat terhadap pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger.
Ditanya berapa ramai pemain yang beliau mahu beli, Mancini bergurau: "Sepuluh atau 15 orang."
Juventus tak berminat dengan Villa
Ketua Juventus, Giuseppe marotta menafikan bahawa kelab itu telah membuat pertanyaan tentang striker Barcelona, David Villa.
Laporan di Sepanyol menyebut bahawa langkah mungkin belum terpadam, namunkini ia telah disangkal oleh eksekutif berusia 57 tahun itu.
The Old Lady kini mencari jalan menandatangani striker berprofil tinggi pada musim panas ini, dan telah dikaitkan dengan Robin van Persie, Edin Dzeko dan Fernando Llorente. Namun Villa, 30, tiada dalam senarai mereka.
"Saya boleh nafikan sebarang minat atau rundingan untuk David Villa," kata Marotta.
"Dia pemain yang hebat, tapi bukan jenis yang kami cari. Kami mahu striker seperti Edinson Cavani atau Llorente, yang merupakan sasaran utama kami bersama-sama dengan Edin Dzeko."
Dengan masa semakin suntuk dalam jendela perpindahan, Juventus tentu akan fokus usaha mereka tentang merekrut penjaring gol baru bagi membantu niat mereka untuk kembali menjuarai gelaran Serie A.
|
Arry mahu yang istimewa
Harry Redknapp mengakui ia perlu menjadi kerja 'khas' untuk menggoda dia menguruskan kelab di luar negara.
Redknapp, 65, dipecat oleh Spurs pada bulan Jun walaupun membawa mereka ke tangga keempat Liga Perdana musim lepas.
Kolumnis SunSport, Redknapp adalah pilihan hangat peminat untuk kekosongan England dan berada dalam senarai pendek untuk peranan Rusia sebelum Fabio Capello mengambil alih.
Dia juga telah dikaitkan dengan jawatan lumayan di Arab Saudi dan Dubai semasa dia di Tottenham.
Namun dia berkata, "England rumah saya. Saya ada cucu dan segala-galanya di sini."
"Ia akan menjadi sukar melainkan jika itu adalah tawaran yang istimewa, yang saya benar-benar gemari. Selain itu, saya mahu menguruskan di England."
"Saya rasa saya mampu mengurus pada tahap yang paling tinggi."
|
Wenger:Ada sesuatu yang hilang
Arsene Wenger mengakui malam tadi bahawa tonggak serangan yang dibelinya bagi menggantikan Robin van Persie masih belum menampakkan hasil.
Bos The Gunners menyaksikan pasukannya sekali lagi gagal membuat jaringan di Stoke.
Arsenal kini satu-satunya kelab dalam Liga Perdana yang gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan pembukaan mereka.
Tempoh 180 minit tanpa jaringan ini juga bermakna ia permulaan kedua terburuk mereka dalam kempen Liga Perdana.
Apa yang membimbangkan Gooners, pengurus mereka mengakui pembelian £13 juta, Olivier Giroud dan pemain bernilai £11 juta, Lukas Podolski tiada sefahaman - dan ia mungkin memerlukan beberapa minggu kerja teliti di padang latihan sebelum mereka berjaya melakukannya!
Sementara itu, Wenger mendedahkan dia perlu menunggu dengan sabar untuk ketibaan pendatang baru. Selepas seri di Britannia, bos Arsenal kecewa mengakui, "Masih ada sesuatu yang hilang."
"Bagi serangan, kami masih mempunyai beberapa kerja yang perlu dilakukan kerana kami hilang sedikit ketepatan dalam final third - bagi gerakan dan hantaran kami."
"Stoke bertahan dengan sangat baik dan mempunyai pengalaman di pertahanan. Tapi saya masih fikir kami sepatutnya menang 1-0."
|
Pulis rancang tawaran lewat
Pengurus Stoke City, Tony Pulis menjangkakan dirinya berada di sekitar pasaran perpindahan yang sibuk sebelum jendela ditutup minggu ini.
Pulis sebelum ini menambah Michael Kightly, Geoff Cameron serta Jamie Ness ke dalam skuadnya dan midfielder Rangers, Maurice Edu juga akan tiba jika dia lulus ujian perubatan dan berjaya menjamin permit kerjanya.
Stoke juga kekal berharap merangkul perjanjian pinjaman semusim untuk midfielder Tottenham, Tom Huddlestone dan kegagalan langkah Michael Dawson ke QPR juga akan menarik minatnya.
"Jika ada setahun untuk bertaruh, ini kerana saya fikir itu akan menjadi amat sukar (untuk hidup)," katanya. "Dengan perjanjian TV baru, ia akan sukar, liga yang sukar, saya rasa akan ada banyak perniagaan yang berlaku dalam beberapa hari akan datang."
"Banyak kelab akan bergegas mengisi skuad mereka untuk kekal dalam Liga Perdana. Itu tak mengejutkan saya jika ini nyata menjadi jendela yang paling sibuk."
Bos Potters tidak memberikan gambaran sebagai seorang lelaki yang berpuas hati dengan kejayaannya.
"Pemain akan leka, begitu juga kami dan semua orang," katanya. "Anda cuba melayannya sehingga ke sempadan. Kami tak menjaringkan banyak gol musim lalu seperti yang kami mahukan dan semua orang perlu bersaing."

Ahad, 26 Ogos 2012
Arsenal mahukan pemain sayap Sevilla
Arsenal mungkin akan membuat bidaan pemain Sepanyol kedua musim panas ini dengan hajat bidaan untuk pemain sayap Sevilla, Jesus Navas.
The Gunners telah pun membeli pemain serangan kelab La Liga, Malaga, Santi Cazorla namun laporan di Sepanyol menyebut Arsene Wenger mensasarkan Navas sebagai pengganti untuk Theo Walcott yang masih kesamaran dalam rundingan kontraknya. Pemain berusia 26 tahun itu ada klausa penjualan £35 juta dalam kontraknya namun Sevilla sanggup menerima bidaan sekitar separuh jumlah yang telah dinyatakan. Navas menyertai kelab Andalusia itu sejak berusia 15 tahun dan melakukan debut pada tahun 2003 dan sehingga kini telah membuat lebih dari 250 penampilan. Beliau juga memiliki 21 cap bersama Sepanyol. Walcott, 23, has entered the final year of his contract at the Emirates and has yet to agree terms on a new deal. |
Lazio kini mahukan Toure
Lazio kini telah menunjukkan minat terhadap pemain pertahanan Manchester City, Kolo Toure.
Pemain berusia 31 tahun itu boleh dibeli dengan harga £3 juta selepas menjadi pemain lebihan pasukan juara Liga Perdana Inggeris tersebut.
Pemain antarabangsa Ivory Coast tersebut gagal menempatkan diri dalam pasukan selepas aksi cemerlang dari kapten pasukan Vincent Kompany dan Joleon Lescott.
City mahu melepaskan beberapa pemain bagi membantu membiayai perbelanjaan musim panas pengurus pasukan, Roberto Mancini.
Pengurus Itali itu setakat ini berasa hampa dengan usaha untuk memperkuatkan skuadnya bagi saingan di liga domestik dan Eropah.

Inter sedia tawarkan Maicon untuk pertukaran
Inter Milan mempertimbangkan untuk menggunakan Maicon dalam perjanjian pertukaran mendapatkan midfielder Manchester City, Nigel de Jong.
Kelab gergasi Serie A itu mahukan De Jong untuk memperkuatkan bahagian midfield mereka dan dalam masa yang sama turut memperuntukkan sebahagian besar dari bajet terhad mereka untuk pemain bek Porto, Alvaro Pereira.
Inter mahu melepaskan pemain yang memperolehi gaji yang lumayan seperti Maicon dan penjaga gol Brazil, Julio Cesar, lebih-lebih lagi jika mereka boleh menggantikanya dengan pemain muda berbakat bersama kontrak yang lebih murah.
Namun Porto mahukan £12 juta untuk Pereira dan Inter mungkin boleh memilikinya dengan harga permulaan £9.5 juta.
Pengurus City, Roberto Mancini meminati Maicon semenjak berkhidmat sebagai pengurus Inter, walaupun pemain berusia 31 tahun itu dilihat bakal menyertai Real Madrid musim panas ini.
De Jong menegaskan beliau gembira untuk terus bersama City namun ketibaan Jack Rodwell di Stadium Etihad mungkin menandakan pemergiannya tidak lama lagi.
Pemain berusia 27 tahun itu yang masih berbaki setahun dalam kontraknya, bermain semasa mereka menang di Piala Perisai Komuniti ke atas Chelsea namun melihat tempatnya telah diambilalih oleh Rodwell semasa perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton.

Blues tak akan benar Zigic pergi secara percuma
Nikola Zigic tidak akan dibenarkan meninggalkan Birmingham City untuk menyertai Real Mallorca secara perpindahan percuma.
Kelab La Liga itu berminat untuk menarik pemain antarabangsa Serbia kembali ke Sepanyol dan menghabiskan beberapa minggu berunding dengan pemilik Birmingham mengenai perjanjian. namun mana-mana harapan pelabuhan mereka agar Birmingham bersedia untuk membenarkan striker itu pergi tanpa apa-apa, untuk menjimatkan £50,000 gaji seminggu, kelihatan mustahil.
Zigic masih berbaki dua tahun dalam perjanjian semasa di St Andrew dan pengerusi sementara, Peter Pannu enggan masukkan kelab Liga Kejohanan itu ke kebimbangan kewangan selanjutnya dengan merealisasikan perjanjian yang Mallorca mahukan.
Mallorca dijangka tidak mampu membayar gaji semasa Zigic dan wakil striker kini mencari bayaran besar untuk baki kontraknya di Birmingham untuk menampung apa-apa kekurangan dalam perjanjian bersama kelab Sepanyol itu.
Pengarah Bola Sepak Mallorca, Llorenc Serra Ferrer menegaskan pasukannya kekal dalam pemburuan menarik Zigic kembali ke Sepanyol, di mana dia menikmati tempoh dengan Valencia dan Racing Santander. Namun, dia telah memberi Blues tekanan amaran bahawa dia tidak boleh "tunggu selama-lamanya" bagi perjanjian melanda.
"Zigic putuskan sama ada mahu datang. Apa yang tinggal adalah untuk selesaikan situasi ekonomi antara dia dan Birmingham City, dan kami telah menetapkan had masa yang berlaku," katanya.

Giggs:Pembelian RVP satu mesej besar
Pembelian Manchester United, Robin van Persie dari Arsenal menghantar "mesej besar" bahawa kelab itu berazam memenangi trofi musim ini, jelas Ryan Giggs.
Van Persie beralih ke Old Trafford dari Emirates dalam perjanjian yang dianggap bernilai sekitar £24 juta selepas spekulasi musim panas yang menyaksikan dia dikaitkan dengan United, juara Manchester City dan Juventus.
Dan pemain veteran, Giggs berkata United bersedia melupakan kekecewaan terlepas gelaran melalui perbezaan gol musim lalu, dan selesai musim dengan tangan kosong di belakang mereka.
"Itu (pembelian van Persie) menghantar mesej besar," kata Giggs di laman web rasmi United. "Hebat apabila pemain keluar dan turut berkata dia mahu datang ke kelab."
"Saya berat sebelah, tapi pemain tentu mahu datang ke United kerana anda selalu dijamin cabaran untuk trofi, ada semangat pasukan yang hebat, kemudahan bagus, dan anda dapat bermain untuk pengurus hebat. Terdapat banyak mata tambahan."

Javi Martinez bukan bernilai 32juta pound
Bekas pemain kebangsaan Jerman, Stefan Effenberg berasa midfielder Athletic Bilbao, Javi Martinez tidak bernilai €40 juta (£31.6 juta) yang sedia dibelanjakan Bayern Munich untuk mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol itu.
Kelab dari Bavaria itu terdesak untuk memikat pemain berusia 23 tahun tersebut ke Allianz Arena, namun kelabnya sekarang tidak mempunyai keinginan untuk melepaskan dia pergi kurang dari harga terma pelepasannya. Effenberg berharap yang midfielder itu akan membuat impak segera di Bayern jika perpindahan itu terjadi namun dia mempunyai keraguan tentang potensi bintang Bilbao tersebut. "Saya harap dia akan beraksi dengan sangat baik di Bayern, jadi salah seorang bintang Bundesliga, dan bantu mereka julang kejuaraan liga. Namun ada risiko besar. Saya tanyakan diri sendiri samada nilainya setinggi itu, dan saya tak rasa itu yang sepatutnya," kata Effenberg. "Ia agak mengejutkan saya yang Bayern sangat terdesak untuk dapatkannya. Dia pun bukan pemain utama buat Sepanyol. Ya, dia menang Piala Dunia dan Euro, namun dia hanya beraksi 25 minit di Euro 2012. "Jelas dia tak setanding dengan pemain hebat lain seperti [Andres] Iniesta dan Xavi. Itu sebab mengapa saya ragui samada nilainya setinggi itu." |
Chelsea berjaya rekrut Azpilicueta dari Marseille
Cesar Azpilicueta akan berlatih bersama rakan sepasukan barunya di Stamford Bridge setelah menyelesaikan urusan perpindahannya dari Marseille ke Chelsea.
Perpindahan bek kanan Sepanyol itu dianggar melibatkan dana sebanyak £7 juta.
Azpilicueta telah menjadi sasaran jangka panjang untuk pemenang Liga Juara-Juara dan Piala FA ketika mereka terus mencari sokongan dalam pertahanan.
Sebelum ini presiden kelab Marseille, Labrune sebaliknya mengesahkan bahawa sisi Ligue 1 itu telah menolak tawaran terbaru Blues.
"Jumaat lalu, mereka (Chelsea) datang kepada kami dengan €4 juta (£3.2 juta), tapi kami beritahu mereka yang itu bukan tawaran baik," kata Labrune.
Bagaimanapun kedua-dua Labrune dan pengarah sukan, Jose Anigo telah dikesan di London minggu ini, dan persetujuan akhirnya dicapai dengan Chelsea menggandakan tawaran mereka.

Barton mahu beraksi untuk Marseille
Midfielder QPR, Joey Barton mahu beraksi untuk Marseille dan kini sedang dalam perbincangan dengan kelab itu, menurut agennya, Willie McKay.
Midfielder kontroversi itu telah dikaitkan dengan kelab Perancis buat beberapa ketika, selepas hilang peranan kapten di Loftus Road dan diketepikan tanpa diberi nombor skuad. Barton dihukum penggantungan 12 perlawanan pada penghujung musim lalu selepas dia dibuang padang menentang Manchester City dan QPR telah sejak itu banyak berbelanja untuk pemain baru sepanjang musim panas ini. Barton kini dilihat bakal meninggalkan Loftus Road dengan perpindahan ke Marseille dilihat sebagai destinasi pilihannya. "Joey Barton mahu beraksi buat OM musim depan," kata agennya, Willie McKay. "Kami sedang dalam perbincangan, namun tiada apa yang dah termeterai buat masa ini. "Saya tak mahu buat sebarang komen tambahan tentang perbincangan sebagai menghormati Jose Anigo [pengarah sukan Marseille] dan Vincent Labrune [presiden Marseille]." |
Liverpool bakal perbaharui minat buat sturridge
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers bakal membuat satu lagi langkah untuk membawa Daniel Sturridge ke Anfield, dengan perjanjian untuk striker Chelsea tersebut kian dekat.
Sumber rapat The Reds memberitahu bahawa Rodgers mengejar Sturridge sepanjang musim panas ini, dengan midfielder lebihan di Chelsea yang membintangi skuad Olimpik GB musim panas ini dipinggirkan bos Blues, Roberto Di Matteo. Inter Milan juga telah dikaitkan dengan langkah untuk Sturridge, tetapi janji aksi skuad utama yang kerap di Liverpool akan menggoda pemain berusia 22 tahun itu. Sturridge, yang pulih daripada meningitis awal musim panas ini, tiba di Chelsea dari Manchester City pada 2009 dan selepas dua musim bergelut bagi memecah masuk ke dalam kesebelasan utama dan kemudia menjadi pemain regular di Stamford Bridge di bawah Andre Villas-Boas musim lepas. Namun, apabila Villas-Boas digantikan dengan Di Matteo pada bulan Mac, pemain antarabangsa England bawah-21 itu mendapati peluangnya terhad dan ia berterusan begitu pada permulaan kempen 2012/13. |
United dan Liverpool sasar Herrera
Manchester United dan Liverpool berminat untuk menandatangani pemenang pingat emas Olimpik Mexico, Hector Herrera, demikian menurut kelab pemain.
Midfielder Pachuca berusia 22 tahun itu bernilai £10 juta selepas membantu skuad Mexico menewaskan Brazil untuk memenangi kejohanan bola sepak Olimpik. Pengarah sukan Pachuca, Andres Fassi berkata United telah menemuinya mengenai Herrera, yang masih belum membuat debut penuh antarabangsa, namun menambah diaberharap untuk mengekalkan pemain playmaker itu. "Terdapat minat rasmi," jelasnya. "Kami ada dokumennya, tapi tiada apa-apa lagi untuk ditambah ketika ini. Kami mahu dia kekal di Pachuca. Kami tahu dia akan berhijrah ke England, walaupun Manchester United dan Liverpool telah bercakap dengan kami." "Bila-bila masa dia mahu, dia boleh meninggalkan Pachuca dan kelab akan berinya peluang untuk berbuat demikian." |
Jumaat, 24 Ogos 2012
Kamu takkan dapat penyerang 35juta pound harga murah
Brendan Rodgers menuduh Newcastle acuh tak acuh dalam usaha mendapatkan Andy Carroll dan menegaskan dirinya ‘tidak waras’ untuk mempertimbangkan penjualan harga murah.
Masa depan penyerang England itu menjadi perbualan musim panas ini. Newcastle mahu membawa Carroll kembali ke St James’ Park namun setakat ini mereka langsung tidak memenuhi penilaian Liverpool sebanyak £20 juta.
Kali pertama mereka membuat tawaran untuk Carroll ialah secara pinjaman pada bulan lepas namun pengurus Liverpool, Rodgers memberi amaran tegas hanya tawaran realistik yang akan dipertimbangkan.
Ketika ditanya lagi Rodgers menegaskan tidak akan ada peluang sama sekali untuk Carroll meninggalkan Anfield secara pinjaman dan dengan hanya tinggal seminggu jendela perpindahan dibuka, andaian semakin kukuh bahawa pemain No 9 Liverpool ini akan kekal di Merseyside selepas 31 Ogos.
|
Ki Sung-Yueng akan muktamadkan perpindahan 5juta pound ke Swansea
KI Sung-Yueng dijadualkan tiba di Wales untuk menyelesaikan perpindahan £5 juta lebih ke Swansea City.
Pemain antarabangsa Korea Selatan itu membuat perpindahan rekod kelab dari Celtic.
Difahamkan Ki telah mempersetujui kontrak lumayan yang akan menjadikan beliau antara pemain bergaji tinggi di the Liberty.
Dan Swansea berharap beliau dapat disahkan sebagai pemain baru mereka sebelum pertemuan hujung minggu ini dengan West Ham — walaupun pembelian rekod kelab ini tidak mungkin dapat bermain di waktu tengahari Sabtu.
"Kami telah bersetuju dengan banyak perkara dengan Ki ketika ini," kata pengerusi Swansea, Huw Jenkins. "Sekarang ia mengenai perkara membawanya ke sini dan sebaik kami melakukannya, kami boleh duduk berbincang dan memuktamadkan perkara."
"Beliau masih berada di Korea Selatan kerana beliau telah diberikan dua minggu rehat tambahan selepas sukan Olimpik oleh Celtic."
|
Fulham cuba membawa Stekelenburg
Martin Jol sedang menyiapkan tawaran £8 juta untuk penjaga gol Roma, Maarten Stekelenburg.
Pengurus Fulham, Jol mahukan penjaga gol utama Belanda itu untuk menggantikan penjaga gol Australia, Mark Schwarzer, yang akan berusia 40 tahun Oktober ini.
Jol menguruskan Stekelenburg di Ajax dan menilainya sebagai antara penjaga gol terbaik di Eropah.
Stekelenburg, 29, meninggalkan kelab gergasi Belanda itu 12 bulan yang lalu apabila membuat perpindahan £5 juta ke Serie A.
Sumber mendedahkan: "Walaupun Maarten gembira di Itali dan tidak aktif mencari perpindahan, dia pasti teruja dengan peluang untuk kembali berkerjasama dengan Jol dan bermain di Liga Perdana Inggeris."
QPR mahukan Carvalho
Ricardo Carvalho tidak sabar untuk menyelesaikan seminggu urusan yang luar biasa untuk QPR dengan melakukan kepulangan mengejut ke Barat London.
Bekas pemain pertahanan Chelsea itu disenaraikan untuk pinjaman semusim dari Real Madrid.
Dan perpindahan itu berlaku sejurus selepas Rangers dikatakan bersetuju membeli kapten Tottenham dan pemain pertahanan Michael Dawson selepas bersetuju dengan perjanjian berharga sekitar £9 juta.
Pemilik QPR, Tony Fernandes berazam untuk membantu pengurus pasukan Mark Hughes memperkuatkan bahagian pertahanannya selepas dibelasah 5-0 di tempat sendiri di tangan Swansea.
Dan kini pemain veteran Portugal, Carvalho, 34, bakal menyertai QPR selepas Real Madrid bersetuju melepaskannya sehingga akhir musim.
United intai midfielder Mexico
Alex Ferguson cuba merampas percubaan Liverpool membeli bintang Mexico, Hector Herrera.
Pengurus Manchester United itu sedia menyamai tawaran Liverpool sebanyak £10 juta untuk midfielder Pachuca dengan nama gelaran Zorro.
Beliau adalah inspirasi di sebalik kejayaan Mexico memenangi pingat emas di Sukan Olimpik awal bulan ini apabila mereka mengejutkan pasukan pilihan, Brazil di final.
Andres Fassi, pengarah sukan Pachuca, memberitahu: "Ada minat rasmi. Kami ada dokumennya."
"Kami tahu dia akan berpindah ke England. Manchester United dan Liverpool telah menghubungi kami."
"Kami mahu dia terus bermain dengan Pachuca. Tapi apabila dia memutuskan untuk pergi, kelab akan memberikannya peluang untuk melakukannya."
Blues tak mahu tawaran 30juta pound City
Chelsea menolak tawaran Manchester City setinggi £30 juta untuk David Luiz.
Pengurus City, Roberto Mancini perlukan pemain pertahanan tambahan dengan Micah Richards tersisih kerana kecederaan selama 10 minggu.
Luiz diketepikan semasa kemenangan ke atas Reading malam Rabu lalu ketika Chelsea dan City cuba mengusahakan satu perjanjian – namun bek tengah Brazil itu menerusi Twitter mendakwa beliau ada masalah kecederaan lutut.
Chelsea tidak gembira dengan kenyataan di Twitter dan Luiz telah didenda.
Pengurus Roberto Di Matteo memberitahu: “Perkara laman sosial ini melingkari hidup kita sekarang. Kami akan menanganinya secara dalaman.”
Namun Luiz masih menjadi sebahagian besar dari perancangan Roberto Di Matteo dan City akan perlu membuat tawaran yang lebih tinggi untuk mendapatkan pemain Brazil itu.
|
Adakah langkah Modric ke Real Madrid akan berlaku
Langkah midfielder Tottenham, Luka Modric ke Real Madrid hampir pasti selesai tidak lama lagi, demikian menurut pengarah sukan Dinamo Zagreb, Zoran Mamic.
Modric menyertai Spurs dari kelab Croatia itu dengan harga €20.9 juta pada 2008 dan sisi London Utara kini dilaporkan mahu lebih dua kali ganda untuk playmaker kecil tersebut.
Rundingan tentang langkah ke kelab gergasi Sepanyol itu berterusan sepanjang musim panas, namun Mamic menegaskan mereka akan membuat kesimpulan sejurus sebelum tarikh akhir perpindahan.
"Anda baca banyak perkara dalam media tetapi dari maklumat yang saya ada, Luka pasti akan berpindah ke Real Madrid," kata Mamic.
"Saya pernah dengar ia hampir selesai, jadi saya tak mempunyai apa-apa keraguan yang Luka akan bermain untuk Real Madrid musim depan," sambung Mamic.
"Kini ia hanya persoalan tentang bila pengumuman rasmi akan dibuat."
|
Malaga sasar permulaan impian
Sisi Sepanyol, Malaga mengalahkan Panathinaikos yang berpengalaman dalam kempen Eropah 2-0 pada hari Rabu bagi mendekatkan jurang dalam penampilan pertama kelab itu di peringkat kumpulan Liga Juara-juara.
Malaga, yang menghabiskan hampir 60 juta euro ($74 juta) untuk pemain baru tahun lepas, telah menamatkan pembelian musim panas ini dan jelas memerlukan dorongan kewangan bagi menghadapi kejohanan.
Panathinaikos, yang dibimbing bekas bos Malaga, Jesualdo Ferreira, kecewa dengan gol di babak pertama oleh bek Argentina, Martin Demichelis dan midfielder warga Portugal, Eliseu.
Peminat Malaga menyambut kemasukan pemain ke padang dengan banner gergasi yang tertulis, "Apa yang datuk nenek kita tak pernah saksikan, anak-anak kita bakal melihatnya."
Hasrat itu akan menjadi lebih kuat minggu depan jika Malaga menyelesaikan tugas mereka dalam leg kedua aksi play-off di Greece.
Ban lima tahun selepas rusuhan di Australia
Dua lelaki yang menyalakan flare dan bunga api pada aksi pra-musim bola sepak di Sydney, yang membawa kepada keganasan telah dihukum pengharaman lima tahun dari semua permainan di Australia, demikian kenyataan FFA pada hari Khamis.
Polis menggunakan semburan lada untuk menyuraikan penyokong di Edensor Park pada hari Rabu selepas bunga api dibaling ke arah orang ramai di perlawanan percubaan Western Sydney Warriors menentang Sydney United.
Itu diikuti masalah di perlawanan percubaan antara Sydney FC dan Macarthur Rams di Stadium Campbelltown pada 14 Ogos, yang mana seorang kanak-kanak terkena batu selepas kejadian diikuti nyalaan flare.
"Pengacau yang merosakkan permainan dengan tingkah laku melulu mereka tak ada tempat dalam perlawanan," demikian kenyataan oleh CEO Persekutuan Bola Sepak Australia, Ben Buckley.
"Kejadian di Campbelltown dan Edensor Park lebih seminggu yang lalu adalah kerja bodoh segelintir pihak yang mahu menyebabkan masalah."
|
Valencia mahu mara selangkah lagi
Midfielder serangan Valencia, Jonas meluahkan hasrat kelab untuk membina hasil daripada penamat tangga ketiga mereka dalam kempen La Liga musim lalu.
Pemain antarabangsa Brazil berusia 28 tahun itu membuat permulaan yang positif dalam musim selepas menjaringkan gol penyamaan penting menentang Real Madrid ketika seri 1-1 Ahad lalu.
"Kami sedang berusaha untuk mara selangkah ke hadapan berbanding musim lepas, kami semua amat bersemangat dan perlu terus seperti ini sehingga akhir," kata Jonas kepada wartawan.
"Presiden Manuel Llorente menekan kami untuk mencapai objektif, dia terujadengan keputusan seri menentang Real Madrid."
"Saya gembira dapat jaringkan gol pertama musim ini, membantu pasukan meraih satu mata di Bernabeu, yang mana ia sukar. Itu satu mata yang benar-benar baik, walaupun jika kami menang menentang Deportivo (hujung minggu depan)."
|
Khamis, 23 Ogos 2012
QPR cari penjaga gol selepas debut Rob hancur
Kekalahan 5-0 kepada Swansea dalam aksi pembukaan diikuti dengan bisikan rundingan bersama bekas penjaga gol Celtic dan Poland, Artur Boruc.
Rob Green mungkin di dalam ancaman sebagai penjaga gol No1 QPR selepas hanya satu kesalahan besar.
Bos Hoops, Mark Hughes berminat dengan bekas penjaga gol Celtic, Artur Boruc dan dipercayai untuk bercakap dengan wakilnya mengenai langkah ke Loftus Road.
Pemain antarabangsa Poland berusia 32 tahun, Boruc merupakan ejen bebas selepas keluar Fiorentina dan akan berminat berpindah ke Liga Perdana.
Green mengalami mimpi ngeri dalam permulaan karier QPR pada Sabtu lalu, selepas melakukan kesalahan besar bolos semasa sepak mula oleh Swansea dan kemudiannya tewas empat kali lagi dalam kekalahan 5-0 di tempat sendiri.
|
Langgan:
Catatan (Atom)