Rabu, 11 Julai 2012

Tello Ikrar Masa Depannya Untuk Barca


Pemain muda Barcelona, Cristian Tello menekankan bahawa masa depannya masih di Nou Camp meskipun dengan beberapa laporan perpindahannya pada musim panas ini.
 
Tello, 20, menikmati musim debut yang cemerlang untuk Barcelona, menjaringkan tujuh gol dari 22 penampilan dan melayakkannya tempat ke dalam skuad Olimpik Sepanyol musim panas ini.
 
Penyerang muda ini dikatakan akan membuat perpindahan £7 juta ke Liverpool awal musim panas ini namun telah memberitahu hasratnya untuk terus kekal bersama the Blaugran.
 
"Saya masih ada kontrak bersama Barca dan saya berhasrat untuk menghabiskan lebih banyak tahun di kelab ini,"  kata Tello.
 
"Saya yakin bahawa inilah tempat yang sesuai untuk saya dan saya tidak akan germbira di kelab lain."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan