Usaha Sir Alex Ferguson mendapatkan Lucas Moura berdepan dengan satu lagi kerumitan kewangan apabila Sao Paulo dikatakan meminta kenaikan sehingga £34 juta.
Pengurus Manchester United itu terdesak memperkuatkan bahagian midfieldnya dengan kreativiti serangan Lucas dan menghantar ketua peninjau Jim Lawlor ke Brazil minggu lepas dalam usaha menangani urusan perjanjian pembelian pemain berusia 19 tahun itu.
Ketika ini, Sao Paulo mahukan sekitar £30 juta — £23.5 juta untuk mereka dan £6 juta untuk pemain yang memiliki terma perjanjian kontrak yang memberikannya bayaran 20 peratus untuk sebarang penjualan.
Namun bahagian tersebut meningkat 30 peratus selepas 1 Ogos dengan presiden Sao Paulo, Juvenal Juvencio enggan mengurangkan bahagian £23.5 juta kelab, yang akan menyaksikan kenaikan keseluruhan sebanyak £4 juta.
|
Rabu, 18 Julai 2012
United Berdepan Kenaikan 4Juta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan