Joe Allen kini mungkin di laluan keluar Stadium Liberty selepas pengurus Swansea City, Michael Laudrup mengakui bahawa dia belum bercakap dengan sasaran Liverpool itu mengenai masa depannya di kelab.
Allen, 22, yang menandatangani kontrak empat tahun baru bersama The Swans pada 2011, merupakan pemain yang mana bekas jurulatih, Brendan Rodgers akui mahu dibawanya ke Anfield.
Dan Laudrup menyatakan tidak banyak yang boleh dilakukannya bagi menghalang pemain antarabangsa Wales itu daripada pergi, sekiranya pemain mahu membuat langkah ke utara.
"Anda tak boleh katakan ya atau tidak tanpa bercakap dengan pemain," jelas bos yang baru dilantik itu.
"Anda perlu sentiasa tahu apa yang pemain mahu."
"Jika dia berkata 'Tak, saya mahu kekal, saya amat gembira di sini, tentu dia kekal. Tapi, sudah tentu, jika kita dapat tawaran yang amat besar dan pemain mahu pergi, buat apa kami mahu kekalkannya di sini?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan