Javier Mascherano mengesahkan dia kini hampir mempersetujui lanjutan kontrak di Barcelona.
Mascherano, yang tiba dari Liverpool pada 2010, ketika ini terikat dengan Barca sehingga 2014, namun dia bersedia untuk menandatangani lanjutan dua tahun lagi. Pemain berusia 28 tahun itu berkata, "Ia di landasan yang betul dan saya harap semua selesai tak lama lagi. saya gembira, saya rasa lebih dihargai dan mahu terus kekal bertahun-tahun lagi." "Menyertai Barca adalah keputusan terbaik dalam hidup saya. Saya memenangi keyakinan peminat dan kini saya mahu mengekalkannya." Mascherano membiasakan diri dengan peranan bek tengah sejak berpindah ke Nou Camp dan dia berharap agar jurulatih baru, Tito Vilanova akan terus menggunakannya di pertahanan. "Saya rasa lebih selesa bermain sebagai bek berbanding midfielder di kelab ini tetapi saya akan bermain di mana saya diarahkan," katanya. |
Sabtu, 21 Julai 2012
Mascherano akan sain perjanjian baru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan