Cacau telah mengakui yang tempohnya bersama Stuttgart bakal menuju ke penamat selepas gagal menerima keyakinan tentang masa depan jangka panjangnya di kelab itu.
Penyerang berusia 31 tahun itu menyertai VfB pada 2003 dan telah sejak itu membuat lebih daripada 200 penampilan Bundesliga buat pasukan tersebut, ketika menjadi warga Jerman dan mewakili negara itu di Piala Dunia 2010.
Namun dia digugurkan dari skuad awal Mannschaft untuk Euro 2012, dan selepas diberitahu oleh bos Stuttgart, Bruno Labbadia yang dia tidak akan menjadi pemain utama musim depan, dia kini menjangka akan meninggalkan Mercedes-Benz Arena.
"Saya cakap dengan Bruno Labbadia dan dia tak boleh janji tempat utama dalam pasukan," kata Cacau. "Saya terbuka dengan tawaran dari kelab lain."
"Ada beberapa pertanyaan, namun saya belum terima sebarang tawaran konkrit lagi. Ada kemungkinan saya kekal di Jerman tapi saya tak semestinya perlu kekal di sini."
|
Isnin, 16 Julai 2012
Cacau rancang jalan keluar daripada Stuttargt
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan