Sheffield Wednesday menyaingi Blackburn dan Nottingham Forest dengan berminat meminjam pemain QPR, Joey Barton.
Pemain berusia 29 tahun itu digantung untuk 12 perlawanan pertama musim ini berikutan hukuman buang padang yang diterimanya semasa menentang Manchester City di perlawanan terakhir musim lepas apabila beliau menyiku Carlos Tevez dan kemudian berentap dengan pemain City.
Barton dipecat dari menjadi kapten pasukan di Loftus Road, didenda pemotongan gaji enam minggu dan diketepikan dari jelajah pra-musim Asia QPR.
Bagaimanapun, pengurus Mark Hughes masih lagi mengiktiraf kemampuan Barton sebagai pemain dan melihat peminjaman ke Liga Kejohanan di mana di situ ada jumlah perlawanan yang tinggi di awal musim, sebagai langkah ideal untuk segera menghabiskan hukuman penggantungan pemainnya itu.
|
Rabu, 18 Julai 2012
Barton Ke Blackburn Jauh Dari Pasti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan