Isnin, 16 Julai 2012

Adriano gembira di Barcelona



Adriano luahkan kegembiraannya di Nou Camp.

Ejen pemain Barcelona, Adriano mendedahkan pemain berusia 27 tahun itu tidak akan meninggalkan kelab, meletakkan pengakhiran kepada spekulasi mengenai masa depannya.
 
Pemain warga Brazil versatil itu hanya memulakan 13 perlawanan musim lalu, dan dipercayai mungkin menuju jalan keluar musim panas ini.
 
Namun ejen Adriano, Paolo Alfonso segera menafikannya, mendedahkan bahawa rundingan tentang lanjutan akan bermula tidak lama lagi.
 
"Adriano sangat gembira di Barca dan akan terus di sana musim depan. Amat sukar untuk dia akhirnya tiba di kelab ini dan dia akan terus di sini. Selain itu, hubungannya dengan lembaga juga hebat," jelas ejennya.
 
"Ketika biasa bagi pemain dengan baki dua tahun dalam kontraknya, Adriano akan berunding untuk pembaharuan. Tapi ta akank terburu-buru."
 
"Kini, pemain bercuti dan saya akan bersama dia dalam beberapa hari."
 
Adriano menyertai Barcelona dari Sevilla pada musim panas 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan