Khamis, 19 Julai 2012

Walcott:Keterujaan di Asia menakjubkan



Aksi Walcott di Malaysia semasa jelajah pra-musim tahun lalu.

Theo Walcott mengakui amat teruja untuk kembali ke Asia bagi lawatan 2012 Arsenal minggu depan. Striker England itu sebahagian daripada skuad The Gunners yang menuju ke Asia untuk mengambil bahagian dalam beberapa aksi persahabatan, sesi latihan dan acara-acara di Malaysia, China dan Hong Kong.
 
Semangat yang dipamerkan oleh penyokong dalam lawatan musim panas lepas memberi impak yang besar kepada pemain berusia 23 tahun itu dan dia tidak sabar untuk melihat mereka sekali lagi. "Saya teruja, hebat untuk melihat peminat," kata Walcott kepada pemain Arsenal.
 
"Itu amat bermakna kepada peminat kerana mereka tak pernah dapat melihat kami secara berhadapan. Sebagai pemain, kami dapat lihat sisi permainan yang berbeza, melihat peminat yang mungkin tak dapat ke The Emirates.Ia menjadikan impian mereka kenyataan dan itu apa yang kami mahu lakukan. Mereka begitu sayangkan kelab, mereka suka pemain dan mereka mahu dekat dengan kami. Mereka peminat sejati dan semua mahu kelab melakukan dengan baik. Hebat untuk sekali lagi kami berjumpa antara satu sama lain."
 
Walcott mengakui terkejut dengan sambutan yang diterima di Asia, namun tidak sabar-sabar sekali lagi melaluinya musim panas ini. "Ada seorang wanita muda yang kami lihat pada setiap sesi latihan," katanya.
 
"Teman lelakinya bercakap kepada saya dan berkata, 'Dia sukakan anda lebih daripada dia mencintai saya'! Dia ada di merata-rata, mengekori jurulatih, ke mana-mana. Itu gila! Peminat sebenar. Saya boleh dengar mereka laungkan nama kami setiap pagi, mereka akan panggil pemain yang berbeza dan melihat jika mereka akan keluar dan melihat ke balkoni. Itu amat hebat."
 
"(Budaya Asia) sangat berbeza. Mereka amat membantu, sangat gembira dan sangat pemurah. Ia satu pengalaman yang anda perlu lihat sendiri." Kami pergi ke sana tahun lepas dan kami lakukannya lagi, dan Saya tak sabar untuk saat-saat sebegitu."
 
Tiket untuk perlawanan itu berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket VIP terhad berharga RM388. Tiket boleh didapati di semua cawangan Ticketpro seluruh negara, Ticketpro hotline 03-7880-7999 dan www.ticketpro.com.my.
 
NOTA: Sesi Latihan Arsenal akan diadakan pada 23hb Julai 2012, 8:30 ptg di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan