Ahad, 22 Julai 2012

Santa Cruz enggan tolak langkah QPR


Santa Cruz tidak tolak kemungkinan ke QPR.

Striker Manchester City, Roque Santa Cruz memberikan penghormatan kepada bekas bos, Mark Hughes dan enggan menafikan khabar angin bahawa dia akan menyertai warga Wales itu di QPR.

Santa Cruz bekerja dengan Hughes di Blackburn sebelum menyertainya di Stadium Etihad, selepas Hughes juga turut berpindah ke sana pada 2009 dan mungkin meninggalkan City secara kekal musim panas ini selepas dia menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Real Betis.

Ketika Cruz, 30, segera berkata tiada rundingan berlaku antara dirinya dan Hoops, dia juga mengakui menikmati tempoh bekerja di bawah Hughes sebelum ini.

Pemain warga Paraguay itu berkata, "Semua orang tahu saya sangat hormati dan amat berterima kasih kepadanya untuk tempoh kami bekerjasama.

"Saya harap dia akan mempunyai musim yang hebat dan capai matlamatnya, siapa tahu, saya mahu bermain dan saya ingin berjaya, jadi siapa tahu mungkin kami boleh bekerja bersama-sama semula."

"Saya tak bercakap lagi dengannya atau sesiapa sahaja dan ini mungkin berlaku lambat lagi. Sesuatu hebat besar bagi saya adalah cergas ketika saya mungkin pergi ke tempat di mana saya akan bermain."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan