Bek Juventus, Leonardo Bonucci mungkin dihukum gantung tiga tahun berikutan peranannya dalam skandal Scommessopoli ketika FA Itali (FIGC) mengumumkan bahawa pemain akan menghadapi pertuduhan penipuan sukan.
FIGC mendedahkan nama 44 orang pemain dan 13 kelab yang didakwa berhubung peranan mereka dalam siasatan penetapan perlawanan, dengan Bonucci antara nama-nama berprofil tinggi di dalam senarai. Bonucci, 25, dipercayai terlibat dalam isu penetapan keputusan perlawanan semasa tempohnya di Bari pada kempen 2009/10. Tambahan pula, jurulatih Juventus, Antonio Conte mungkin digantung kerana menghadapi tuduhan bagi kegagalan melaporkan dua cubaan menjual perlawanansemasa di Siena. Jurulatih yang memenangi Scudetto itu dipersoalkan oleh pihak pendakwaan awal musim panas ini, dan bebas daripada penipuan sukan. Namun, Conte kini dituduh kerana sedar tentang percubaan menetapkan keputusan perlawanan menentang Novara dan Albinoleffe. |
.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan