Selasa, 17 Julai 2012

Zamora sandaran robek gawang TRW



Penyerang QPR,  Bobby Zamora
Penyerang QPR, Bobby Zamora
PENYERANG Bobby Zamora menjadi taruhan penting Queens Park Rangers (QPR) menjelang aksi persahabatan menentang Kelantan, Jumaat ini.

Zamora bagaimanapun, mahu pasukan bersedia dan memastikan berada dalam posisi terbaik. Bagi Zamora, pertemuan itu bukan sekadar medan pemanas badan sebelum perlawanan sebenar Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula, tetapi lebih kepada penyesuaian antara Azamuddin Akil muka baru dan lama.

“Perpindahan pemain musim lalu menyaksikan beberapa muka baru. Dengan kehadiran pemain baru ini, peminat pasti menaruh harapan akan berlaku satu perubahan dan sasaran kami musim depan,” katanya.

Aksi persahabatan QPR di Malaysia, dimulakan dengan pertemuan menentang Sabah hari ini sebelum menyahut cabaran Kelantan dan menghadapi Persebaya Surabaya kelab Indonesia pada 23 Julai dan pulang ke England pada 25 Julai, nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan