Jumaat, 20 Julai 2012

Ledley King bersara



Ledley King bersara
Ledley King
PEMAIN pertahanan Tottenham Hotspur, Ledley King mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak setelah beberapa tahun bergelut dengan kecederaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, akan terus kekal bersama Spurs sebagai duta.

"Kecederaan yang menimpa saya menyebabkan ketidakupayaan untuk beraksi lagi.

"Akhirnya, ia membawa kepada berakhirnya kerjaya saya sebagai pemain.

"Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di kelab ini dan peminat yang memberi sokongan padu kepada saya.," kata King dalam laman web Tottenham.

Tambah King, "apa-apa pun saya tetap gembira kerana akan masih kekal bersama kelab itu sebagai duta."

"Sebenarnya saya sudah banyak terlibat dengan kerja amal Spurs. Jadi, walaupun sudah bersara, saya gembira menjadi sebahagian daripada itu," kata bekas pemain antarabangsa England itu.

Sebagai rekod, King telah beraksi sebanyak 264 penampilan dalam saingan Liga dan telah berjaya memenangi Piala Carling pada tahun 2008.

Sementara itu, Pengerusi Tottenham, Daniel Levy menyifatkan King sebagai seorang pemain yang berbakat di dalam kelab itu.

"Saya akui sedih apabila kehilangan King. Namun, kami terpaksa terima segala keputusan demi kesihatannya.

"Segala jasa dan sumbangan beliau kepada Tottenham tidak akan kami lupakan," kata Levy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan