Rabu, 18 Julai 2012

Owen Terus Mencari Kelab Baru



Owen ... Semakin berusia

Michael Owen mendedahkan bahawa beliau 'semakin hampir' untuk menandatangani kontrak baru.
 
Penyerang ini menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh Manchester United dan baru-baru ini mendedahkan beliau hanya berminat menyertai kelab Liga Perdana Inggeris.
 
Bekas pemain England itu menulis di Twitter malam Isnin lepas untuk menceritakan keseronokkan mengenai potensi perpindahan itu: 'Semakin hampir untuk menemui kelab baru.
 
"Ada perjanjian yang menarik minat tapi hanya perlu buat pilihan yang betul! Tidak sabar untuk kembali bermain."
Pemain berusia 32 tahun itu diselubungi masalah kecederaan sepanjang tiga tahun di United, di mana beliau hanya membuat  52 penampilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan