Jumaat, 20 Julai 2012

Allen sasaran baru Rodgers



Allen sasaran baru Rodgers
Allen (kanan), kini menjadi buruan Rodgers.
SEBELUM ini, Brendan Rodgers tegas tidak akan membawa masuk pemain dari Swansea ke Liverpool, namun kini berhasrat menggunakan khidmat pemain tengah bekas kelab kendaliannya, Joe Allen.

“Saya tahu apa saya lakukan. Sebagai pengurus sudah tentu anda perlukan pemain baru sebelum perlawanan bermula. Jika ini disegerakan, bermakna tugas saya sudah selesai.

“Hubungan saya dengan Swansea amat baik. Jika ada pemain yang benar berbakat, mengapa perlu saya lepaskan peluang itu dan Allen seorang pemain yang bagus dan berpotensi,” katanya perbincangan dengan kelab berkenaan berjalan lancar.

Pada masa sama, Rodgers terus mengintai beberapa lagi muka baru sebelum tarikh tutup jendela perpindahan tamat.

“Saya perlu menilai skuad sedia ada dan membawa masuk beberapa pemain baru kerana pasukan ini perlukan pembaharuan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan