Isnin, 16 Julai 2012

United Sedia Membida Baines 10 Juta



Baines diminati Man Utd jersey

Manchester United sedia mengemukakan tawaran £10 juta untuk pemain Everton, Leighton Baines.
 
United mungkin bertindak dalam masa seminggu atau sebaik ketua eksekutif David Gill kembali dari bercuti di Amerika.
 
Everton meletakkan harga lebih dari £15 juta untuk Baines namun United pasti akan menarik diri dengan harga sedemikian.
 
Bagaimanapun Sir Alex Ferguson yakin dapat memastikan perjanjian untuk pemain berusia 27 tahun itu yang masih ada baki tiga tahun dalam kontraknya di  Goodison Park.
 
Prestasi Patrice Evra merosot musim lepas dan Fabio Da Silva menyertai Queens Park Rangers secara pinjaman semusim dan Ezekiel Fryers dijangka menyertai Tottenham Hotspur maka Ferguson memerlukan pemain pengganti di posisi bek kiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan