Sabtu, 21 Julai 2012

Ager Damiao bertemu Millan


Damiao is in London preparing for the Olympics.

Agen striker Brazil, Leandro Damiao telah mengesahkan laporan yang menyebut dia bertemu dengan ahli lembaga pengarah AC Milan tentang kemungkinan perpindahan dibuat.

Damiao, 22, kini pemain utama pasukan kebangsaan Brazil dan akan berada dalam skuad Olimpik di London untuk kejohanan bulan depan. Selain Milan, dia dipercayai turut menjadi sasaran Tottenham dan Inter Milan.

Dengan Rossoneri dalam pencarian untuk seorang penyerang utama selepas pemergian Zlatan Ibrahimovic ke PSG minggu ini, Vinicius Prates telah pantas menawarkan kliennya untuk pertimbangan lembaga pengarah Milan.

Prates berkata: "Saya bertemu lembaga pengarah Milan hanya untuk kenali mereka. Ia adalah pertemuan pertama. Kita lihat dulu jika ia berkembang dalam beberapa hari lagi."

Setelah menjadi penjaring terbanyak di Brazil sepanjang 2011, Damiao telah meneruskan prestasi jaringan golnya tahun ini dengan 20 gol dalam 29 perlawanan buat pasukan kelab, Internacional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan