Andy Carroll telah membuka jalan kepulangan dramatik ke ‘rumah’ dengan mengakui mahu menyertai semula Newcastle.
Selepas putus harapan dapat meyakinkan Brendan Rodgers mengenai kesesuaiannya dengan sistem permainan baru Liverpool, Carroll kini akur dalam rela bahawa beliau perlukan aksi kesebelasan utama.
Newcastle cuba meminjam penyerang antarabangsa England ini secara semusim namun ia ditolak oleh Liverpool dan kini mereka dijangka datang kembali dengan tawaran baru selepas mengetahui dorongan dari Carroll.
West Ham United, Fulham dan Aston Villa telah menyatakan minat namun Carroll kini dilihat hanya mahu pulang ke Sports Direct Arena.
Kerana Liverpool membayar £35 juta untuk Carroll pada Januari 2011, mereka akan bersikap tegas dengan segala pertanyaan tentang penyerang tersebut dan tidak akan menjualnya dengan harga yang murah.
Liverpool mahu menampung sekurang-kurangnya separuh dari jumlah yang telah mereka bayar untuk Carroll dan hanya akan berurusniaga jika menerima tawaran serius atau kontrak pinjaman dengan komitmen belian.
|
Rabu, 18 Julai 2012
Caroll Sedia Pulang Ke Pangkuan Toon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan