Selasa, 24 Julai 2012

Vlaar Tidak Menjangkakan Perpindahan Ke Villa



Vlaar mungkin kekal di Belanda

Pemain pertahanan Feyenoord, Ron Vlaar menimbulkan keraguan tentang prospek perpindahan ke  Aston Villa.
 
Vlaar, bek tengah Belanda, 27, mengadakan perbincangan dengan Villa awal bulan ini dan berkata beliau telah diberikan "pandangan yang sangat positif" mengenai kelab. Namun ketika tidak menolak sebarang kemungkinan, beliau kini nampaknya mahu terus berada di De Kuip.
 
"Feyenoord berada dalam hati saya dan telah banyak yang saya harungi," ujar Vlaar. "Peluang yang saya ada, untuk pergi menyertai Aston Villa, saya tak fikir ia akan berlaku sekarang."
 
Sementara itu Villa mengesahkan Gabriel Agbonlahor tidak akan bermain untuk selama dua minggu kerana kecederaannya.  
 
Agbonlahor menanduk masuk gol kemenangan untuk Villa dalam kemenangan 1-0 mereka ke atas  Chicago Fire semasa perlawanan terbaru jelajah kelab di Amerika Syarikat. Bagaimanapun beliau selepas itu dikeluarkan kerana tercedera namun kelab memberitahu ia bukan masalah serius.
 
Mesej yang ditampal di laman Twitter rasmi Villa berbunyi: "Kecederaan Gabby Agbonlahor tidak seteruk seperti yang dibimbangi pada awalnya. Berehat untuk dua minggu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan