Rabu, 18 Julai 2012

AC Milan mencari midfielder baru


Diarra jarang tampil untuk Real Madrid musim lalu.

AC Milan bakal membeli midfielder dalam jendela perpindahan musim panas, dengan Sulley Muntari dan Rodney Strasser bakal terlepas permulaan Serie A musim akan datang akibat kecederaan.
 
Muntari sedang pulih daripada pembedahan pada ligamen anterior cruciate, dengan harapan dia akan kembali pada bulan Disember, manakala buku lali Strasser yang patah sepatutnya sembuh menjelang akhir bulan September.
 
The Rossoneri dijangka mengukuhkan lagi di bahagian tengah, dengan Lassana Diarra dari Real Madrid menjadi keutamaan mereka.
 
Pemain antarabangsa Perancis itu berbaki setahun dalam kontrak semasa di Santiago Bernabeu, namun dilaporkan bersedia meninggalkan juara Sepanyol setelah jarang diturunkan musim lepas.
 
Kelab Serie A itu juga mencari penyerang baru dengan Zlatan Ibrahimovic bakal menyertai Paris Saint-Germain, dan telah dikaitkan dengan peralihan striker Manchester City, Carlos Tevez dan Edin Dzeko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan