Pemain baru Arsenal, Lukas Podolski merayu Robin van Persie untuk terus berada di kelab.
Bintang Jerman itu akan menyertai rakan sepasukan barunya untuk latihan pra-musim hujung bulan ini selepas diberikan cuti tambahan kerana penyertaannya di Kejohanan Eropah 2012.
Tapi ia semakin ketara kelihatan beliau tidak berpeluang bergandingan dengan Van Persie, 28, di the Emirates musim hadapan selepas superstar
Belanda ini enggan memanjangkan kontraknya.
Podolski, yang bersetuu untuk tinggalkan Cologne dengan harga £10 juta bulan April lepas, menggesa penyerang antarabangsa Belanda itu terus kekal.
Beliau memberitahu: "Apa yang boleh saya katakan ialah Van Persie ada rekod mengagumkan musim lepas dan harapan agar ada jalan untuk beliau dapat terus bersama Arsenal."
"Pasti hebat untuk dapat bermain bersamanya tapi jelaslah perkara ini di luar kawalan saya."
|
Isnin, 16 Julai 2012
Podolski:jangan pergi Van
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan