Rabu, 18 Julai 2012

Cavani Mahu 150 Ribu Dolar seminggu


Cavani mahu gaji mingguan lumayan

Edinson Cavani mahukan kedudukan setara dengan penerima gaji lumayan di Chelsea apabila kembali membuka rundingan dengan juara Eropah itu minggu ini.
 
Wakil penyerang Uruguay itu akan memberitahu kelab London tersebut bahawa beliau mahukan kontrak dengan gaji mingguan £150,000, yang akan meletakkannya setara dengan John Terry, Frank Lampard dan Fernando Torres.
 
Cavani, yang boleh meninggalkan Napoli dengan harga £35 juta, adalah antara pilihan yang sedang dipertimbangkan oleh pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo ketika beliau mahu mengisi kekosongan Didier Drogba.
 
Sebaik saja pembelian midfield serangan Oscar diselesaikan, the Blues tampak akan menyempurnakan dua lagi perjanjian — dijangka untuk posisi serangan tengah dan bek kanan — sebelum jendela perpindahan ditutup.
 
Cavani, 25, yang juga berada dalam senarai pemain sasaran Juventus, telah lama dipantau Chelsea dan menjaringkan gol menentang mereka di Liga Juara-juara musim lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan