Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menggambarkan bidaan pinjaman Newcastle United untuk penyerangnya, Andy Carroll sebagai "mengarut".
Dilaporkan bahawa Rodgers tidak melihat pemain berusia 23 tahun itu sebagai sebahagian dari perancangannya namun bekas pengurus Swansea City itu mendakwa situasi Carroll tiada bezanya dengan mana-mana pemain lain.
Tawaran pinjaman tidak akan dilayan dan pengurus dari Ireland Utara ini menegaskan kelab hanya akan mempertimbangkan tawaran pembelian.
"Kelab telah melabur £35 juta untuk pemain ini dan ada banyak yang telah ditulis dan diperkatakan sejak beberapa minggu lepas," ujar Rodgers.
"Pada saya ia mudah. Pemain ini masih sebahagian dari kumpulan dan satu-satunya cara kami memikirkan tentang dia ialah serupa dengan mana-mana pemain lain.
"Jika ada tawaran untuk membawanya secara perpindahan kekal, kami akan melihatnya tapi ia tiada beza dengan pemain lain. Tanggapan untuk meminjamkan dia selama setahun sebenarnya sangat mengarut."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan